Tuesday, June 30, 2015

PROGRAM BUBUR LAMBUK TPI 2015 & INTIPATI MESYUARAT BULANAN AJK


Assalamualaikum warga TPI,

          Alhamdulillah PPTPI akan menganjurkan Program memasak bubur lambuk dan mengedarkan kepada semua penduduk TPI. Program ke 3 di tahun 2015 ini adalah sambungan kenduri rakyat berikutan ada lebihan beras dan barangan memasak tempoh hari.

          Jadi, kami bagi pihak PPTPI ingin menjemput siapa sahaja yang mempunyai kelapangan untuk sama-sama menyediakan dan memasak bubur lambuk dan mengedarkannya kepada semua. ketetapan adalah seperti berikut:

Tarikh: 7 JULAI 2015 Bersamaan 20 Ramadhan (CUTI HARI WARISAN)
Hari : SELASA
Tempat: Padang TPI
(di edar selepas asar)

        Kami juga mengalu-alukan sedekah tunai jika ada yang ingin memberi derma untuk program ini. Moga bersedekah di bulan yang paling mulia ini di lipat gandakan pahala. InshaAllah. Derma boleh berhubung dengan En Nasri Jali (019-4753508) .

____________________________________________________________________________________________

INTIPATI MESYUARAT BULANAN AJK KE 5 2015

1. Cadangan tentang keselamatan taman ketika semua penduduk pulang beraya. Pengerusi telah menerima beberapa cadangan dan AJK sedang perhalusi perlaksanaan demi keselamatan kita rumah ketika pulang berhari raya.

2. Surau TPI - Akan follow-up dengan pengurus besar PERDA mengenai statusnya.

3. Tong Sampah Penduduk - pegawai dr MPSP sedang membantu utk menggesa pemaju menyediakan secepat mungkin, AJK akan follow-up perkara ini.

4. Kabin persatuan- Pembelian akan di buat setelah ada kelulusan atau green light dr pihak berwajib tentang tapak berkenaan. AJK akan follow-up juga perkara ini.

5. Cadangan untuk memohon kerusi batu dr MPSP. Pihak PPTPI akan mengutus surat kepada ahli majlis MPSP utk pertanyaan dan permohonan.

6. Sumbangan YB- Seperti yang semua sedia maklum, ketika kenduri rakyat YB Ahli parlimen Kepala batas dan ADUN YB pinang tunggal telah mengumumkan peruntukan kewangan untuk persatuan beserta khemah. Pengerusi akan follow-up dengan pusat khidmat parlimen dan YB sendiri mengenai perkara tersebut.

7. Program bubur lambuk - telah di tetapkan tarikh dan tempat serta barang-barang keperluan untuk di beli. Pengurusan bajet dan AJK yang berkenaan. Diadakan aktiviti memasak, membungkus dan mengedar selepas Asar kepada semua org di setiap pintu rumah yang berpenghuni.

Pihak persatuan ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana penduduk memberikan sambutan yang sangat menggalakkan dalam aktiviti yang di anjurkan dan berharap ia akan berkekalan utk semua aktiviti yang bakal di anjurkan.

Moga program yang kita lakukan di permudahkanNya dan di rahmati Allah.

Sekian.

"SEPAKAT MEMBAWA BERKAT"




No comments:

Post a Comment