Sunday, March 29, 2015

Post Gotong Royong ~ Terima Kasih Penduduk TPI



Assalamualaikum warga TPI,

      Terima kasih kami ucapkan daripada barisan AJK PPTPI atas kesudian penduduk hadir ke program gotong-royong. Telah terciptanya satu lagi titik pertemuan dan kemuafakatan di antara penduduk beramah mesra sambil bekerja. Program ini di sifatkan berjaya kerana mendapat sambutan luar jangkaan.

     Terima kasih juga kami ucapkan kepada barisan AJK yang berusaha menjayakan program ini dan berharap ianya menjadi batu loncatan untuk anda mengadakan program yang lebih besar dan bermanfaat lagi untuk penduduk.

      Terima kasih juga di ucapkan kepada yang sudi menderma pada tabung En Munir yang terlibat dalam kemalangan dan mengalami masalah ingatan dan tabung ini akan di teruskan selama 3 minggu lagi bagi penduduk yang prihatin dapat terus menyumbang. Sumbangan melalui bank in juga boleh di buat terus kepada akaun AJK persatuan iaitu En. Suhaimi Bin Sidek CIMB: 7019123572.

      Terima kasih juga kepada pihak MPSP yang menyediakan kelengkapan & pokok-pokok untuk di tanam dan berharap selepas ini mendapat kerjasama lagi.

       Terima kasih, kami berharap agak kebersihan dan keindahan TPI akan di teruskan dengan kesedaran penduduk tentang menjaga kebersihan di kejiranan masing-masing.

       Akhir sekali, terima kasih kerana mewujudkan kejiranan yang bermuafakat, mesra dan saling kenal mengenali dan kami dari pihak PPTPI akan berusaha menganjurkan program yang lebih bermakna bagi penduduk TPI..

Sekian Terima Kasih..

"Sepakat membawa Berkat"


#Klik pada gambar utk ke galeri.

Thursday, March 26, 2015

Perincian Gotong Royong Mega 2015 TPI



Assalamualaikum warga PPTPI,

      Menjelang program pertama PPTPI , gotong royong yang akan diadakan ahad ini. Pihak pengurusan program & AJK persatuan kami berharap agar penduduk dapat turun beramai-ramai membersihkan taman kita.

      Di sini di perincikan aktiviti pada hari tersebut:



  • Pembahagian mengikut 4 zon yang ditetapkan dan di ketuai oleh biro-biro AJK PPTPI 
  1. ZON 1 (Fasa 1 blok hadapan)  - En Annuar, En. Nazri Jali, En Azrul , En Shuhaimi
  2. ZON 2  (Fasa 1 pertengahan termasuk padang) - En, Shahrizal, En Hashim , En Nazri elias
  3. ZON 3 (pinggir fasa 1 termasuk kawasan surau ) - En. Faizal Lan, En Ridzuan, En Faisal
  4. ZON 4 (keseluruhan fasa 2) - En. Fadzli, En Azman, En. Asrul & En. Shaiful Anuar
  • Aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan di setiap ZON :
  1. Memastikan setiap zon tiada longkang yang tersumbat dan membersihkan sekiranya ada, di hadapan atau di belakang rumah. Di pinggiran jalan besar, di dalam longkang besar juga perlu di teliti.
  2. Memastikan tiada tempat takungan yang boleh menjadi sarang jentik-jentik, jika ada perlu di hapuskan.
  3. Membuang banner-banner yang tidak berkenaan dengan kawasan taman.
  4. Menanam pokok-pokok yang tidak di tanam oleh pemaju di sekitar pinggiran jalan atau padang dan memastikan pokok yang tumbang atau senget di perelokkan. MPSP telah menyumbang sebanyak 10 pokok untuk di tanam di hari gotong royong.
  5. Menutup laluan asing yang menjadi laluan haram dari taman ke ladang atau tapak pembinaan. gunakan cara yang sesuai untuk menutup.
  6. Membersihkan padang dari sampah, batu-bata, pokok duri semalu & pokok-pokok renek tumpang.
  7. Melalukan penebasan lalang atau rumput yang panjang (jika MPSP terlepas pandang).
  8. Bersama-sama mengemaskan tempat pembuangan sampah haram di sekitar taman.
  9. Membuang sampah kedalam tong sampah (RORO) yang di sediakan oleh MPSP.
  10. Kaum wanita di khaskan menjaga penyediaan makanan dan minuman peserta gotong royong dan membersih di sekitar padang sahaja.
  • Sarapan , minuman sejuk dan panas di sediakan oleh persatuan di khemah kecil yang di sediakan.
  • Penduduk di galakkan membawa peralatan sendiri seperti cangkul, skop atau penyakar rumput disamping peralatan MPSP yang di sediakan.

        Menjadi objektif program gotong royong ini agar kita beramah mesra sambil bekerja keras membersihkan taman. Mewujudkan komuniti yang sihat, bersatu padu dan sambil beramal adalah iltizam persatuan TPI demi penduduk.

          Akhir sekali, moga Allah berkati program kita pada hari tersebut, moga di permudahkan segala urusan. In Sha Allah

Sekian.


"Sepakat Membawa Berkat" 

Wednesday, March 11, 2015

Gotong Royong Mega TPI 2015



Assalamualaikum warga TPI,

   Di jemput semua penduduk untuk menhadiri program gotong royong yang di anjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Perda Indah. Ketetapan adalah seperti berikut:

Tarikh: 29/3/2015
Hari: AHAD
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: Di padang Fasa 1 Taman Perda Indah.

Tentatif program:
8.00Pg: Penduduk berkumpul
8.30Pg: Bacaan doa
              Sarapan pagi
             Taklimat
             Pembentukan kumpulan mengikut zon
             Pengambilan peralatan
1230Ptg: Tamat program gotong royong

Aktiviti yang akan di lakukan adalah seperti berikut:

- Membersihkan sarang pembiakan jentik-jentik
- Pembersihan longkang yang tersumbat
- Menanam pokok-pokok yang tidak di tanam oleh pemaju di dalam kawasan yang di benarkan.
- Membaik pulih padang permainan (membuang sampah, batu, pokok semalu & rumput kering).
- Menghalang laluan kecil penceroboh di sekitar taman agar tiada kenderaan boleh melalui jalan haram tersebut.

     Peralatan untuk gotong royong akan di sediakan oleh MPSP namun menggalakkan penduduk membawa peralatan yang berguna seperti mesin rumput, parang atau alatan pembersihan. Minyak petrol dan tali untuk mesin rumput akan disediakan oleh persatuan.

    Keahlian persatuan juga di buka untuk hari tersebut, kepada penduduk yang ingin menjadi ahli boleh berjumpa dengan Setiausaha atau Bendahari.

    Persatuan berharap program ini dapat mengubah kesedaran penduduk tentang kebersihan dan keindahan taman kita dan akan menjadi budaya kita mengekalkan kebersihan sepanjang masa.

    Selain dari merapatkan tali silatulrahim, program ini juga menjadi batu loncatan untuk persatuan bergerak untuk mengadakan aktiviti² dan program² yang bermanafaat di masa depan.

    Di seru agar para penduduk beramai-ramai sekeluarga bersama-sama menjayakannya.

Sekian,

"Sepakat Membawa Berkat"


Monday, March 9, 2015

Intipati mesyuarat AJK PPTPI kali ke 2

Assalamualaikum warga PPTPI,

        AJK PPTPI telah bersidang secara bulanan di rumah pengerusi untuk membincangkan hal-hal berbangkit tentang permasalahan taman dan juga bersedia untuk program gotong royong yang akan di anjurkan pada 28/3/2015. Antara intipati mesyuarat AJK tersebut:

1. Persatuan telah berjaya secara dasarnya untuk membantu penduduk TPI untuk memohon penurunan cukai taksiran di dalam perbincangan dengan MPSP pada 25/2/2015 di mana dengan pandangan dan perbandingan yang telah di bentangkan oleh wakil persatuan, MPSP bersedia untuk mempertimbangkan penurunan cukai taksiran bukan sahaja untuk penduduk yang memohon rayuan tetapi keseluruhan penduduk TPI, Alhamdulillah, kita hanya perlu tunggu sebanyak mana penurunan yang di berikan dan berharap ianya berpatutan seperti yang kita harapkan.

2. Program gotong-royong akan di adakan di TPI pada 28/3/2015 untuk menjadi program pertama dan berharap ianya mendapat sambutan semua penduduk. Fokus gotong royong kali ini adalah kebersihan dan keindahan di mana kita akan membersihkan sarang pembiakan nyamuk dan akan mengindahkan taman dengan pokok-pokok yang akan di tanam. Disamping itu padang permainan juga akan di beri perhatian untuk pengindahan. Di cadangkan juga kita bergotong royong untuk menutup laluan masuk yang haram di sekitar TPI agar tiada penceroboh boleh melalui. Di harap semua penduduk dapat turun beramai-ramai untuk menjayakan program ini. Program hanya berlangsung separuh hari dari 8 pagi hingga tengahari. Hebahan susulan akan di paparkan melalui blog, FB dan melalui peti surat.

3. Pembelian kontena sebagai "base" untuk persatuan telah di peringkat akhir perbincangan dan pembeliannya akan di muktamadkan segera dalam bulan ini. Termasuk juga peralatan keselamatan lain juga akan di beli dalam jangka masa terdekat. Mengenai kedudukan "base" kontena ini, persatuan perlu memohon kelulusan dari MPSP dan Jabatan yang berkenaan.

4. Permintaan penduduk untuk menambah bonggol akan di lakukan setelah mendapat nasihat dari MPSP, persatuan akan membuat pemetaan cadangan bonggol dan permohonan kepada MPSP.

5. Persatuan telah mengaktifkan blog dengan pelbagai pengisian yang berguna untuk bacaan masyarakat, misalnya kempen, artikel kekeluargaan, bacaan islamiah dan ruangan khas untuk wanita. Keahlian secara "online" juga telah di kemas kini, dan borang secara "manual" juga boleh di "download" di dalam blog untuk kemudahan penduduk menjadi ahli berdaftar. Maklumat tentang AJK-AJK persatuan juga ada untuk memudahkan urusan ahli sekiranya ada aduan atau pertanyaan.

     Demikian antara perkara-perkara yang di bincangkan dalam mesyuarat. Persatuan mengalu-alukan pendapat dan cadangan untuk penambahbaikan daripada penduduk agak persatuan lebih mantap beroperasi demi kesejahteraan masyarakat TPI.

Sekian,

"Sepakat Membawa Berkat"