Thursday, April 2, 2015

Penurunan cukai taksiran bg semua penduduk TPI

Assalamualaikum warga PPTPI,

        Syukur dengan pertolonganNya semua penduduk telah berjaya dalam rayuan penurunan cukai taksiran. Penduduk-penduduk boleh semak penyata cukai taksiran terkini yang di hantar ke alamat surat menyurat tuan/puan.

        MPSP telah memberikan pertimbangan yang khusus bagi penduduk TPI dengan alasan-alasan yang telah di bentangkan oleh wakil penduduk ketika membuat rayuan pada 25/2/2015 yang lalu. Alhamdullilah mereka telah meluluskan pengurangan mengikut jenis rumah.


       Jadi tuan puan di nasihatkan menyemak penyata cukai taksiran terbaru dan membuat perbandingan yang sewajarnya.

       Bagi penduduk yang belum dan ingin menukar alamat surat-menyurat penyata tersebut, tuan/puan boleh menukarkannya hanya di website MPSP di ruangan perkhidmatan dalam talian.



     
       Persatuan dengan objektif kami membantu penduduk dalam hal sebegini berharap penduduk terus memberi kerjasama dan sokongan agar setiap perkara yang di lakukan berjaya dan dapat menyuburkan kesejahteraan kita bersama.


Sekian.


"Sepakat Membawa Berkat"







Wednesday, April 1, 2015

Notis Mesyuarat Perlantikan JK KRT sesi 2015-17 dan Takliman SRS


Assalamualaikum warga TPI,

      Di jemput semua penduduk beramai-ramai menghadiri mesyuarat perlantikan JK KRT baru. Ketetapan adalah seperti berikut:

Tarikh : 6/4/2015
Hari: ISNIN
Waktu: 8.30 Mlm
Tempat: Padang permainan TPI
Tetami: Pn Haslinda & En. Zulkifli (Pegawai Perpaduan)

     Suka di maklumkan bahawa penduduk TPI adalah secara "automatik" menjadi ahli KRT dan mesyuarat ini adalah untuk pemilihan AJK tertinggi serta organisasi "Skim rondaan sukarela" yang baru.

     Demi mengecapi keharmonian dan kesejahteraan di TPI, Di harap penduduk dapat bersama-sama menyokong KRT & SRS yang bakal di gerakkan. Keselamatan akan lebih di perlihara sekiranya kita bersatu bersama menjaga dengan rasa ikhlas dan muafakat.

Sekian, Terima Kasih

"Sepakat Membawa Berkat"