Tuesday, June 30, 2015

PROGRAM BUBUR LAMBUK TPI 2015 & INTIPATI MESYUARAT BULANAN AJK


Assalamualaikum warga TPI,

          Alhamdulillah PPTPI akan menganjurkan Program memasak bubur lambuk dan mengedarkan kepada semua penduduk TPI. Program ke 3 di tahun 2015 ini adalah sambungan kenduri rakyat berikutan ada lebihan beras dan barangan memasak tempoh hari.

          Jadi, kami bagi pihak PPTPI ingin menjemput siapa sahaja yang mempunyai kelapangan untuk sama-sama menyediakan dan memasak bubur lambuk dan mengedarkannya kepada semua. ketetapan adalah seperti berikut:

Tarikh: 7 JULAI 2015 Bersamaan 20 Ramadhan (CUTI HARI WARISAN)
Hari : SELASA
Tempat: Padang TPI
(di edar selepas asar)

        Kami juga mengalu-alukan sedekah tunai jika ada yang ingin memberi derma untuk program ini. Moga bersedekah di bulan yang paling mulia ini di lipat gandakan pahala. InshaAllah. Derma boleh berhubung dengan En Nasri Jali (019-4753508) .

____________________________________________________________________________________________

INTIPATI MESYUARAT BULANAN AJK KE 5 2015

1. Cadangan tentang keselamatan taman ketika semua penduduk pulang beraya. Pengerusi telah menerima beberapa cadangan dan AJK sedang perhalusi perlaksanaan demi keselamatan kita rumah ketika pulang berhari raya.

2. Surau TPI - Akan follow-up dengan pengurus besar PERDA mengenai statusnya.

3. Tong Sampah Penduduk - pegawai dr MPSP sedang membantu utk menggesa pemaju menyediakan secepat mungkin, AJK akan follow-up perkara ini.

4. Kabin persatuan- Pembelian akan di buat setelah ada kelulusan atau green light dr pihak berwajib tentang tapak berkenaan. AJK akan follow-up juga perkara ini.

5. Cadangan untuk memohon kerusi batu dr MPSP. Pihak PPTPI akan mengutus surat kepada ahli majlis MPSP utk pertanyaan dan permohonan.

6. Sumbangan YB- Seperti yang semua sedia maklum, ketika kenduri rakyat YB Ahli parlimen Kepala batas dan ADUN YB pinang tunggal telah mengumumkan peruntukan kewangan untuk persatuan beserta khemah. Pengerusi akan follow-up dengan pusat khidmat parlimen dan YB sendiri mengenai perkara tersebut.

7. Program bubur lambuk - telah di tetapkan tarikh dan tempat serta barang-barang keperluan untuk di beli. Pengurusan bajet dan AJK yang berkenaan. Diadakan aktiviti memasak, membungkus dan mengedar selepas Asar kepada semua org di setiap pintu rumah yang berpenghuni.

Pihak persatuan ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana penduduk memberikan sambutan yang sangat menggalakkan dalam aktiviti yang di anjurkan dan berharap ia akan berkekalan utk semua aktiviti yang bakal di anjurkan.

Moga program yang kita lakukan di permudahkanNya dan di rahmati Allah.

Sekian.

"SEPAKAT MEMBAWA BERKAT"




Tuesday, June 16, 2015

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan


Ahlan wa sahlan ya Ramadan mubarak..

Untuk semua penduduk Taman Perda Indah, Tasek Gelugor.. 

Persatuan Penduduk Taman Perda Indah ingin mengucapkan selamat berpuasa..

Selamat melakukan Ibadah, bersedekah dan beramal mulia...

Tidak membazir, berhemah ketika berbelanja & mengeluarkan zakat fitrah  ...

Aktiviti² ramadan akan di rancang ... antaranya...

Bubur Lambuk..

Panjut Buluh di sekeliling padang...

Memasak moreh utk terawih...

Moga Ramadan pertama dan Syawal pertama kita di TPI penuh meriah dan mendamaikan...

Keselamatan rumah ketika balik kampung juga perlu di utamakan...

Moga dibulan penuh barakah ini ibadah kita di terima Allah...

InshaAllah...

"SEPAKAT MEMBAWA BERKAT"


Monday, June 15, 2015

TERIMA KASIH daun keladi...

Assalamaulaikum warga TPI,

     Keceriaan jelas terpancar , walaupun penat memasak, menguruskan hal semua tapi hilang penat dengan hilai ketawa kawan² dan sahabat² yang sudi hadir ke majlis Kenduri Rakyat yang julung² kali kita adakan ini.

    TERIMA KASIH Ahli Perlimen Kepala Batas Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican sbb sudi hadir dan membaca tahlil bersama , tak lupa juga ADUN Pinang Tunggal, Dato' Roslan Saidin kerana bersama-sama memeriahkan majlis ini. Juga tidak ketinggalan Tn Hj Saringat ( Pengurus Besar PERDA) kerana turut hadir.

    TERIMA KASIH juga kepada Syarikat Kopi Hang Tuah yang memberi sumbangan kopi dan tunai dan tak lupa kepada sahabat yang menyumbang tunai, sarapan pagi, beras dan kelengkapan memasak. Walaupun demikian, Sumbangan yang paling bermakna adalah sumbangan tenaga dan senyuman utk menjayakan majlis ini dan dapat meramah mesra dengan semua jiran tetangga.


    Persatuan dengan objektif kedamaian, perpaduan dan kesederhanaan akan terus berusaha menganjurkan program² yang boleh memberi manfaat dan memberi impak positif keatas perpaduan taman kesayangan kita ini.



    Maka pihak kami menggalakkan rakan² terus menyokong apa jua aktiviti yang bakal di anjurkan agar kita terus dapat menyemai bibit² kemesraan di antara kita.

Salam perpaduan

Terima Kasih TPI

"Sepakat Membawa Berkat"



P/S:
Video boleh klik link ini https://www.youtube.com/watch?v=ReuzfcBa-CU
Banyak lagi gambar boleh di akses didalam Galeri blog
   

Wednesday, June 10, 2015

Menu Kenduri Rakyat TPI 2015 ... MMmmm Lazat...

Menu Kenduri Rakyat Taman Perda Indah... 2015

1. Gulai Ikan Talang Masin.


2. Ayam Goreng


3. Ikan Temenung Goreng


4. Ulam-ulaman



5. Sambal Belachan, cincalok & tempoyak




6. Pencuci mulut


7. Kuih-muih


8. Minuman panas & sejuk



Masak secara bergotong royong


Membaca tahlil dan Yassin





Beramah mesra


bagaikan 1 keluarga yang besar


Moga majlis ini di berkati Allah


"Sepakat Membawa Berkat"


Sunday, June 7, 2015

Mesyuarat Bulanan ke 4, Intipati & KENDURI RAKYAT TPI 2015

Assalamualaikum warga PPTPI,

    Di maklumkan bahawa telah berlangsungnya mesyuarat bulanan ke 4 PPTPI seperti ketetapan surat berikut:


 Antara Intipati mesyuarat berkenaan adalah:

1. Mengenai aduan lampu jalan yang tidak menyala - Pengerusi & timbalan telah mengambil perhatian di mana tiang lampu itu di kenal pasti milik MPSP dah akan buat aduan kepada mereka yang berkenaan.

2. Aduan penduduk; rumah yang tak berpenghuni tetapi lalang sudah meninggi, risiko kepada keselamatan - Tindakan PPTPI akan post nasihat berkenaan ini di FB dan tuan rumah yang berkenaan boleh la berhubung dengan AJK PPTPI utk membantu jikalau perlu di bersihkan atau mengupah org bersihkan. Agak merisaukan boleh menjadi sarang hidupan liar.

3.  Talian TM & Internet TPI - PPTPI akan mewujudkan 1 servey siapa yang ingin menggunakan perkhidmatan jalur lebar TM , jika ramai dan mencukupi kuota aduan boleh di ajukan secara kelompok ke TM, pusat ADUN , pusat ahli  parlimen atau sesiapa yang berkenaan. servey akan di buat di dlm fb rasmi PPTPI.

4. Tribunal tuntutan pembeli rumah - PPTPI telah mencadangkan untuk memanggil pegawai, namun sambutan untuk perjumpaan agak dingin dan tidak cukup kuota utk memanggil pegawai, namun begitu PPTPI tetap akan membantu penduduk yang bertekad hendak mengadu kepada tribunal dengan memberitahu cara yang betul untuk membuat aduan. Harus di ingat aduan perlu dibuat sebelum tarikh warranty rumah tamat.



5. KENDURI RAKYAT 
- aktiviti ke 2 PPTPI dan melibatkan semua penduduk, jadi pengerusi telah membahagikan kepada AJK2 berkenaan untuk memudahkan kerja.
-mesyuarat susulan sebelum kenduri akan di buat 2 kali lg dan akan melibatkan sesiapa sahaja yang sudi membantu di hari kenduri tersebut.
- Jemputan kenduri adalah dibuat secara rumah kerumah, kepada penghuni yang bercuti akan diletakkan kad jemputan didalam peti surat. panggilan di FB, Blog dan WhatApps persatuan juga di buat.
- Tahlil dan baccan Surah Yassin juga akan diadakan untuk saudara² kita yang sudah meninggal.
- Tetatif tidak rasmi akan di war-warkan melalui FB bermula dr penyediaan barangan memasak pada hari jumaat Jam 8.30mlm (selepas isya') di sambung pagi sabtu seawal jam 7.30am. Penduduk yang berkelapangan dan sudi membantu boleh bersama-sama datang, selain membuat kerja kita dapat beramah mesra. 
- VIP jemputan adalah dari pihak Ahli perlimen, Adun, Pegawai polis daerah, pegawai Perda dan individu yang telah memberi sumbangan.

    Menjadi harapan PPTPI agar semua program yang di anjurkan oleh PPTPI dapat sambutan yang baik oleh penduduk. Saling kenal mengenali, bermesra, gelak ketawa kita cuba untuk mengeratkan talisillaturahim yang telah terbina dalam taman kita ini. Moga Allah memberkati program kita kali ini. InshaAllah.

Sekian,

"Sepakat Membawa Berkat"


Wednesday, June 3, 2015

KENDURI RAKYAT TPI 2015



Assalamualaikum warga TPI,

     Sempena kedatangan Ramadan Al-Mubarak dan buat julung-julung kalinya kita berpuasa dan beraya di TPI, kami di PPTPI berhasrat untuk mengadakan KENDURI RAKYAT sebelum ramadan ini. Ketetapannya adalah seperti berikut:

Tarikh: 13.6.2015
Hari: Sabtu
Masa: 7.30pg - 3.00Ptg
Tempat: Padang TPI
Aturcara: Akan di umumkan kemudian.

      Objektif kenduri rakyat adalah untuk kita bersama-sama bergotong royong memasak ala-ala kampung demi membina ukhwah dan tali sillaturahim sesama kita. Selain daripada itu program akan di selangi dengan bacaan Yassin dan Tahlil untuk ahli keluarga penduduk TPI yang telah meninggal dunia.

      Dif-dif kehormat dan VIP juga telah di jemput dan mungkin kemunculan mereka akan memeriahkan lagi majlis kita nanti dan mungkin bersama-sama membantu kita memasak, mungkin. 

      Jesteru itu kami AJK PPTPI sangatlah berbesar hati agar dapat menyumbang apa jua, tidak semestinya wang ringgit tetapi tenaga untuk kita menjayakan kenduri rakyat ini. Datanglah sekeluarga untuk saling kenal mengenali dan beramah mesra di samping menunjukkan skill kehandalan memasak masing-masing.

       Di harap program ini di rahmati Allah dan di permudahkan segala urusannya. Kami di PPTPI akan terus berusaha demi kesejahteraan, keharmonian dan kesatuan Taman kita yang tercinta ini. InShaAllah.

Sekian terima kasih

"Sepakat Membawa Berkat"

p/s: 
-sumbangan ikhlas seperti beras, gula, bawang ataupun tunai RM boleh berhubung dgn AJK PPTPI. 
-update tentang program ini akan di umumkan dr masa kesemasa melalui FB atau blog.