Tuesday, February 24, 2015

Mesyuarat tidak rasmi AJK 24/2/2015

Assalamualaikum, warga PPTPI, 

     Pada tarikh 24/2/2015, sekitar jam 10.30pm hingga 1.30am. AJK telah di panggil oleh pengerusi dan Tim. pengerusi untuk membincangkan hal-hal yang penting untuk pertemuan dengan MPSP. Antara intipati perbincangan malam tersebut adalah:


  1. Isu cukai taksiran ( En Fazli akan menyuarakan pada MPSP dan perbandingan harga cukai di sekitar kawasan kita untuk meminta pemotongon harga).
  2. Gotong Royong TPI 2015 telah di tetapkan berlangsung pada 28/3/2015 - Sabtu.
  3. Isu Penambahan bonggol di sekitar TPI ( En Fazli akan menyuarakan kepada pegawai atasan MPSP dan setelah meminta nasihat, persatuan akan membuat kertas kerja & kajian untuk tujuan ini).
  4. Isu membuat pagar di lorong tikus. (Di cadangkan untuk kita terlebih dahulu meminta nasihat MPSP sebelum membuat pagar ketika hari gotong royong TPI 2015).
  5. Pembelian Kontena sebagai "base" untuk PPTPI dan KRT (Di arahkan oleh pengerusi untuk menyediakan quotation beberapa pembekal yang berpotensi).
  6. Perbincangan penyatuan PPTPI dan KRT (En. Fitri Nizam telah membentangkan beberapa langkah perkara penting yang telah di sampaikan melaluinya oleh Pn Haslinda (pegawai JPNIN) untuk mengaktifkan kembali KRT dan persatuan akan membantu dalam beberapa perkara.
  7. Isu saman dari pihak MPSP tentang "awning". (Tim pengerusi mengutarakan cara persatuan boleh membantu penduduk yang telah disaman hanyalah untuk membuat rayuan pengurangan secara bersama)
  8. Semua AJK bersetuju untuk merangka kembali dan membuat perancangan secara teliti dan telus mengenai kewangan Persatuan dan KRT dan seterusnya bersetuju untuk di siarkan di laman blog rasmi persatuan apabila telah di sediakan kelak.


      Demikian serba sedikit perbincangan yang telah di lakukan. Adalah penting bg AJK persatuan ini untuk memaklumkan apa jua perkembangan yang telah dan sedang di lalukan oleh pihak persatuan demi makluman penduduk semua. 

      Di minta juga untuk penduduk bersama-sama turun padang untuk kita bergotong royong pada 28/3/2015 nanti. Aktiviti dan tentatif mengenainya akan di update dr masa ke semasa. 

"Sepakat Membawa Berkat"


                                     

Monday, February 23, 2015

Akta kerajaan Tempatan 1976

Assalamualaikum,

Untuk bacaan dan rujukan penduduk bg menerangkan lagi tentang undang-undang kerajaan tempatan. Garis panduan ini di guna pakai di negeri-negeri seluruh Malaysia.



 Klik sini utk paparan & download
Klik sini untuk baca & download


Ini adalah perkongsian ilmu untuk faedah kita bersama. Harap ia memberi manafaat kepada semua. 

"Sepakat Membawa Berkat"

** credit : http://www.mppp.gov.my/png_mpp-theme/pdf/Akta_171.pdf

Sunday, February 22, 2015

TAKWIM AKTIVITI 2015 PPTPI

Assalamualaikum, 

  Seperti mana yang telah di putuskan di dalam mesyuarat AJK, kami telah menyasarkan beberapa aktiviti sepanjang tahun 2015 di mana InsyaAllah dapat di lakukan secara selang 2 bulan sekali.

    Aktiviti-aktiviti yang di cadangkan adalah tertakluk kepada perubahan dan kesesuaian dan akan di tambah andai ada program khusus yang bakal di anjurkan. Cadangan aktiviti adalah seperti berikut: 

AKTIVITI 2015

Februari/Mac - Gotong royong TPI 
April/Mei - Sukan TPI
Jun/Julai - Jamuan raya / Majlis berbuka puasa
Ogos/September - Lawatan atau Majlis korban
Oktober/november - Latihan untuk komuniti (Upskill)  / ceramah 
Disember - Hari keluarga / Sukaneka

   Pihak AJK persatuan penyeru ahli dan penghuni TPI agar dapat memeriahkan aktiviti yang bakal di anjurkan. Pihak persatuan adalah juga dalam proses untuk belajar untuk menganjurkan aktiviti andai ada sebarang cadangan boleh kemukakan melalui komen di blog ini atau di FB. 

Sepakat membawa berkat , In sha Allah


Slide perancangan AJK PPTPI

Tuesday, February 17, 2015

Mesyuarat Bulanan Persatuan Penduduk TPI kali-1 2015




Mesyuarat AJK kali pertama telah diadakan di rumah tuan pengerusi. Antara intipati mesyuarat adalah seperti berikut:

1. Perlantikan biro-biro & ahli mewakili setiap biro
2. Membincangkan takwim aktiviti tahunan persatuan.
3. Membincangkan isu yang dibangkitkan di dalam mesyuarat agong & tindakan yang perlu dibuat.
4. Menetapkan tarikh mesyuarat bulanan akan datang.
5. Bersedia untuk aktiviti pertama tahun 2015 iaitu Gotong Royong TPI 2015 pada bulan mac.

Hasil tindakan dan kajian mengenai aktiviti akan di kemaskini di laman blog & di laman Facebook dari masa ke semasa.

Mudah-mudahan persatuan mendapat sokongan dari ahli TPI untuk menjalankan aktiviti agar kita lebih saling kenal mengenali dan erat perhubungan silaturahim.