Sunday, August 2, 2015

Program Jalinan Muhibbah Aidilfitri TPI 2015


Assalamualaikum warga TPI,

      Kegembiraan selepas pulangnya berhari raya masih lagi terasa biarpun kita dah menghampiri pengakhiran syawal. Berita yang paling menggembirakan penduduk adalah SURAU TPI sudah mendapat CCC dan boleh di gunakan untuk beribadah.

      PPTPI telah menganjurkan gotong royong untuk membersihkan surau TPI pada 2/8/2015 - Ahad dan alhamdullilah surau telah dibersihkan dengan sempurna, dah pada maghrib telah dilangsungkan solat maghrib dan Isya berjemaah di surau baru kita... Alhamdullilah. Untuk itu marilah kita bersama2 berjemaah setelah kita menunggu sekian lama untuk surau ini siap. Terima kasih juga kepada kawan² yang terlibat.

     Seterusnya PPTPI dengan kerjasama KRTTPI akan menganjurkan majlis JALINAN MUHIBBAH AIDILFITRI TPI 2015. Beberapa perbincangan telah berlangsung dan majlis ini bukan sahaja sebagai jamuan hari raya, tetapi untuk bersempena surau TPI telah siap dan boleh digunakan. kami merasa bangga dengan kerjasama ini dan berharap majlis ini dapat dilangsungkan untuk semua penduduk TPI.

    Butiran perbincangan jamuan adalah seperti berikut:
  • PPTPI dan KRTTPI telah bersetuju berkongsi peruntukan untuk mengadakan majlis ini, dimana disiapkan secara gotong-royong, kita akan memasak nasi daging & Bihun sup.
  • Jamuan/majlis ini menggalakkan semua penduduk membawa juadah sendiri ala-ala "Pot Luck", setiap rumah boleh membawa 1 juadah apa sahaja untuk kita sama-sama merasa.
  • Memasak bermula dari waktu pagi hingga petang, solat berjemaah untuk hari tersebut. (tentatif akan disiarkan di FB), Menu masakan Nasi Daging & Bihun sup (tertakluk kepada perubahan di saat akhir).
  • Jemputan VIP akan di edarkan, kepada individu yang telah menderma kita akan juga menjemput.
  • Penduduk yang hadir digalakkan memakai pakaian baju raya agar nampak berseri.
     Di samping itu, kami menggalakkan penduduk mewakafkan peralatan untuk kegunaan surau TPI. Segala jenis peralatan yang perlu seperti sejadah, tikar, buku surah yasin, Al-quran, buku-buku agama kipas, alat pencuci atau apa juga yang di fikirkan perlu untuk surau. Boleh datang ke surau untuk wakafkan. Moga Allah memberkati saham akhirat tuan/puan dan dapat dimanafaatkan untuk sekalian jemaah.

    Akhir sekali, Surau TPI yang di bina luas dan cantik akan sepi tanpa ada jemaah yang turun beramai-ramai mengimarahkannya. Surau ini penting untuk penyatuan kita yang 100% melayu Islam yang menjadi penduduk tetap di TPI ini. Jadi kami menyeru agar kita bersama-sama mengimarahkan rumah Allah ini dan menjauhkan diri daripada sifat yang negatif agar mendapat keberkatan Allah. Moga Allah permudahkan dan memberi barakah atas pengimarahan ini. InshaAllah.

Sekian,

"Sepakat membawa Berkat"







No comments:

Post a Comment