Thursday, April 2, 2015

Penurunan cukai taksiran bg semua penduduk TPI

Assalamualaikum warga PPTPI,

        Syukur dengan pertolonganNya semua penduduk telah berjaya dalam rayuan penurunan cukai taksiran. Penduduk-penduduk boleh semak penyata cukai taksiran terkini yang di hantar ke alamat surat menyurat tuan/puan.

        MPSP telah memberikan pertimbangan yang khusus bagi penduduk TPI dengan alasan-alasan yang telah di bentangkan oleh wakil penduduk ketika membuat rayuan pada 25/2/2015 yang lalu. Alhamdullilah mereka telah meluluskan pengurangan mengikut jenis rumah.


       Jadi tuan puan di nasihatkan menyemak penyata cukai taksiran terbaru dan membuat perbandingan yang sewajarnya.

       Bagi penduduk yang belum dan ingin menukar alamat surat-menyurat penyata tersebut, tuan/puan boleh menukarkannya hanya di website MPSP di ruangan perkhidmatan dalam talian.



     
       Persatuan dengan objektif kami membantu penduduk dalam hal sebegini berharap penduduk terus memberi kerjasama dan sokongan agar setiap perkara yang di lakukan berjaya dan dapat menyuburkan kesejahteraan kita bersama.


Sekian.


"Sepakat Membawa Berkat"







No comments:

Post a Comment