Monday, March 9, 2015

Intipati mesyuarat AJK PPTPI kali ke 2

Assalamualaikum warga PPTPI,

        AJK PPTPI telah bersidang secara bulanan di rumah pengerusi untuk membincangkan hal-hal berbangkit tentang permasalahan taman dan juga bersedia untuk program gotong royong yang akan di anjurkan pada 28/3/2015. Antara intipati mesyuarat AJK tersebut:

1. Persatuan telah berjaya secara dasarnya untuk membantu penduduk TPI untuk memohon penurunan cukai taksiran di dalam perbincangan dengan MPSP pada 25/2/2015 di mana dengan pandangan dan perbandingan yang telah di bentangkan oleh wakil persatuan, MPSP bersedia untuk mempertimbangkan penurunan cukai taksiran bukan sahaja untuk penduduk yang memohon rayuan tetapi keseluruhan penduduk TPI, Alhamdulillah, kita hanya perlu tunggu sebanyak mana penurunan yang di berikan dan berharap ianya berpatutan seperti yang kita harapkan.

2. Program gotong-royong akan di adakan di TPI pada 28/3/2015 untuk menjadi program pertama dan berharap ianya mendapat sambutan semua penduduk. Fokus gotong royong kali ini adalah kebersihan dan keindahan di mana kita akan membersihkan sarang pembiakan nyamuk dan akan mengindahkan taman dengan pokok-pokok yang akan di tanam. Disamping itu padang permainan juga akan di beri perhatian untuk pengindahan. Di cadangkan juga kita bergotong royong untuk menutup laluan masuk yang haram di sekitar TPI agar tiada penceroboh boleh melalui. Di harap semua penduduk dapat turun beramai-ramai untuk menjayakan program ini. Program hanya berlangsung separuh hari dari 8 pagi hingga tengahari. Hebahan susulan akan di paparkan melalui blog, FB dan melalui peti surat.

3. Pembelian kontena sebagai "base" untuk persatuan telah di peringkat akhir perbincangan dan pembeliannya akan di muktamadkan segera dalam bulan ini. Termasuk juga peralatan keselamatan lain juga akan di beli dalam jangka masa terdekat. Mengenai kedudukan "base" kontena ini, persatuan perlu memohon kelulusan dari MPSP dan Jabatan yang berkenaan.

4. Permintaan penduduk untuk menambah bonggol akan di lakukan setelah mendapat nasihat dari MPSP, persatuan akan membuat pemetaan cadangan bonggol dan permohonan kepada MPSP.

5. Persatuan telah mengaktifkan blog dengan pelbagai pengisian yang berguna untuk bacaan masyarakat, misalnya kempen, artikel kekeluargaan, bacaan islamiah dan ruangan khas untuk wanita. Keahlian secara "online" juga telah di kemas kini, dan borang secara "manual" juga boleh di "download" di dalam blog untuk kemudahan penduduk menjadi ahli berdaftar. Maklumat tentang AJK-AJK persatuan juga ada untuk memudahkan urusan ahli sekiranya ada aduan atau pertanyaan.

     Demikian antara perkara-perkara yang di bincangkan dalam mesyuarat. Persatuan mengalu-alukan pendapat dan cadangan untuk penambahbaikan daripada penduduk agak persatuan lebih mantap beroperasi demi kesejahteraan masyarakat TPI.

Sekian,

"Sepakat Membawa Berkat"

No comments:

Post a Comment