Pada tarikh 24/2/2015, sekitar jam 10.30pm hingga 1.30am. AJK telah di panggil oleh pengerusi dan Tim. pengerusi untuk membincangkan hal-hal yang penting untuk pertemuan dengan MPSP. Antara intipati perbincangan malam tersebut adalah:
- Isu cukai taksiran ( En Fazli akan menyuarakan pada MPSP dan perbandingan harga cukai di sekitar kawasan kita untuk meminta pemotongon harga).
- Gotong Royong TPI 2015 telah di tetapkan berlangsung pada 28/3/2015 - Sabtu.
- Isu Penambahan bonggol di sekitar TPI ( En Fazli akan menyuarakan kepada pegawai atasan MPSP dan setelah meminta nasihat, persatuan akan membuat kertas kerja & kajian untuk tujuan ini).
- Isu membuat pagar di lorong tikus. (Di cadangkan untuk kita terlebih dahulu meminta nasihat MPSP sebelum membuat pagar ketika hari gotong royong TPI 2015).
- Pembelian Kontena sebagai "base" untuk PPTPI dan KRT (Di arahkan oleh pengerusi untuk menyediakan quotation beberapa pembekal yang berpotensi).
- Perbincangan penyatuan PPTPI dan KRT (En. Fitri Nizam telah membentangkan beberapa langkah perkara penting yang telah di sampaikan melaluinya oleh Pn Haslinda (pegawai JPNIN) untuk mengaktifkan kembali KRT dan persatuan akan membantu dalam beberapa perkara.
- Isu saman dari pihak MPSP tentang "awning". (Tim pengerusi mengutarakan cara persatuan boleh membantu penduduk yang telah disaman hanyalah untuk membuat rayuan pengurangan secara bersama)
- Semua AJK bersetuju untuk merangka kembali dan membuat perancangan secara teliti dan telus mengenai kewangan Persatuan dan KRT dan seterusnya bersetuju untuk di siarkan di laman blog rasmi persatuan apabila telah di sediakan kelak.
Demikian serba sedikit perbincangan yang telah di lakukan. Adalah penting bg AJK persatuan ini untuk memaklumkan apa jua perkembangan yang telah dan sedang di lalukan oleh pihak persatuan demi makluman penduduk semua.
Di minta juga untuk penduduk bersama-sama turun padang untuk kita bergotong royong pada 28/3/2015 nanti. Aktiviti dan tentatif mengenainya akan di update dr masa ke semasa.
"Sepakat Membawa Berkat"
No comments:
Post a Comment