Thursday, August 27, 2015

Selamat Hari Kebangsaan.. Malaysiaku..



MERDEKA!!

Inilah nikmat kita anak merdeka...

Beruntung memiliki tanah tumpah darah yang tercinta...

Bertuah kerana ini sahaja yang masih ada untuk kita...

Bangsa merdeka yang berhati waja...

Saling bersama bersatu setia...

Membulatkan hati demi satu Cita-cita...

Sayangi Diri, Keluarga, Agama, Bangsa dan Negara...

Selamat Hari Merdeka....

Sehati Sejiwa...

"Sepakat Membawa Berkat"



Sunday, August 2, 2015

Program Jalinan Muhibbah Aidilfitri TPI 2015


Assalamualaikum warga TPI,

      Kegembiraan selepas pulangnya berhari raya masih lagi terasa biarpun kita dah menghampiri pengakhiran syawal. Berita yang paling menggembirakan penduduk adalah SURAU TPI sudah mendapat CCC dan boleh di gunakan untuk beribadah.

      PPTPI telah menganjurkan gotong royong untuk membersihkan surau TPI pada 2/8/2015 - Ahad dan alhamdullilah surau telah dibersihkan dengan sempurna, dah pada maghrib telah dilangsungkan solat maghrib dan Isya berjemaah di surau baru kita... Alhamdullilah. Untuk itu marilah kita bersama2 berjemaah setelah kita menunggu sekian lama untuk surau ini siap. Terima kasih juga kepada kawan² yang terlibat.

     Seterusnya PPTPI dengan kerjasama KRTTPI akan menganjurkan majlis JALINAN MUHIBBAH AIDILFITRI TPI 2015. Beberapa perbincangan telah berlangsung dan majlis ini bukan sahaja sebagai jamuan hari raya, tetapi untuk bersempena surau TPI telah siap dan boleh digunakan. kami merasa bangga dengan kerjasama ini dan berharap majlis ini dapat dilangsungkan untuk semua penduduk TPI.

    Butiran perbincangan jamuan adalah seperti berikut:
  • PPTPI dan KRTTPI telah bersetuju berkongsi peruntukan untuk mengadakan majlis ini, dimana disiapkan secara gotong-royong, kita akan memasak nasi daging & Bihun sup.
  • Jamuan/majlis ini menggalakkan semua penduduk membawa juadah sendiri ala-ala "Pot Luck", setiap rumah boleh membawa 1 juadah apa sahaja untuk kita sama-sama merasa.
  • Memasak bermula dari waktu pagi hingga petang, solat berjemaah untuk hari tersebut. (tentatif akan disiarkan di FB), Menu masakan Nasi Daging & Bihun sup (tertakluk kepada perubahan di saat akhir).
  • Jemputan VIP akan di edarkan, kepada individu yang telah menderma kita akan juga menjemput.
  • Penduduk yang hadir digalakkan memakai pakaian baju raya agar nampak berseri.
     Di samping itu, kami menggalakkan penduduk mewakafkan peralatan untuk kegunaan surau TPI. Segala jenis peralatan yang perlu seperti sejadah, tikar, buku surah yasin, Al-quran, buku-buku agama kipas, alat pencuci atau apa juga yang di fikirkan perlu untuk surau. Boleh datang ke surau untuk wakafkan. Moga Allah memberkati saham akhirat tuan/puan dan dapat dimanafaatkan untuk sekalian jemaah.

    Akhir sekali, Surau TPI yang di bina luas dan cantik akan sepi tanpa ada jemaah yang turun beramai-ramai mengimarahkannya. Surau ini penting untuk penyatuan kita yang 100% melayu Islam yang menjadi penduduk tetap di TPI ini. Jadi kami menyeru agar kita bersama-sama mengimarahkan rumah Allah ini dan menjauhkan diri daripada sifat yang negatif agar mendapat keberkatan Allah. Moga Allah permudahkan dan memberi barakah atas pengimarahan ini. InshaAllah.

Sekian,

"Sepakat membawa Berkat"







Tuesday, June 30, 2015

PROGRAM BUBUR LAMBUK TPI 2015 & INTIPATI MESYUARAT BULANAN AJK


Assalamualaikum warga TPI,

          Alhamdulillah PPTPI akan menganjurkan Program memasak bubur lambuk dan mengedarkan kepada semua penduduk TPI. Program ke 3 di tahun 2015 ini adalah sambungan kenduri rakyat berikutan ada lebihan beras dan barangan memasak tempoh hari.

          Jadi, kami bagi pihak PPTPI ingin menjemput siapa sahaja yang mempunyai kelapangan untuk sama-sama menyediakan dan memasak bubur lambuk dan mengedarkannya kepada semua. ketetapan adalah seperti berikut:

Tarikh: 7 JULAI 2015 Bersamaan 20 Ramadhan (CUTI HARI WARISAN)
Hari : SELASA
Tempat: Padang TPI
(di edar selepas asar)

        Kami juga mengalu-alukan sedekah tunai jika ada yang ingin memberi derma untuk program ini. Moga bersedekah di bulan yang paling mulia ini di lipat gandakan pahala. InshaAllah. Derma boleh berhubung dengan En Nasri Jali (019-4753508) .

____________________________________________________________________________________________

INTIPATI MESYUARAT BULANAN AJK KE 5 2015

1. Cadangan tentang keselamatan taman ketika semua penduduk pulang beraya. Pengerusi telah menerima beberapa cadangan dan AJK sedang perhalusi perlaksanaan demi keselamatan kita rumah ketika pulang berhari raya.

2. Surau TPI - Akan follow-up dengan pengurus besar PERDA mengenai statusnya.

3. Tong Sampah Penduduk - pegawai dr MPSP sedang membantu utk menggesa pemaju menyediakan secepat mungkin, AJK akan follow-up perkara ini.

4. Kabin persatuan- Pembelian akan di buat setelah ada kelulusan atau green light dr pihak berwajib tentang tapak berkenaan. AJK akan follow-up juga perkara ini.

5. Cadangan untuk memohon kerusi batu dr MPSP. Pihak PPTPI akan mengutus surat kepada ahli majlis MPSP utk pertanyaan dan permohonan.

6. Sumbangan YB- Seperti yang semua sedia maklum, ketika kenduri rakyat YB Ahli parlimen Kepala batas dan ADUN YB pinang tunggal telah mengumumkan peruntukan kewangan untuk persatuan beserta khemah. Pengerusi akan follow-up dengan pusat khidmat parlimen dan YB sendiri mengenai perkara tersebut.

7. Program bubur lambuk - telah di tetapkan tarikh dan tempat serta barang-barang keperluan untuk di beli. Pengurusan bajet dan AJK yang berkenaan. Diadakan aktiviti memasak, membungkus dan mengedar selepas Asar kepada semua org di setiap pintu rumah yang berpenghuni.

Pihak persatuan ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana penduduk memberikan sambutan yang sangat menggalakkan dalam aktiviti yang di anjurkan dan berharap ia akan berkekalan utk semua aktiviti yang bakal di anjurkan.

Moga program yang kita lakukan di permudahkanNya dan di rahmati Allah.

Sekian.

"SEPAKAT MEMBAWA BERKAT"




Tuesday, June 16, 2015

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan


Ahlan wa sahlan ya Ramadan mubarak..

Untuk semua penduduk Taman Perda Indah, Tasek Gelugor.. 

Persatuan Penduduk Taman Perda Indah ingin mengucapkan selamat berpuasa..

Selamat melakukan Ibadah, bersedekah dan beramal mulia...

Tidak membazir, berhemah ketika berbelanja & mengeluarkan zakat fitrah  ...

Aktiviti² ramadan akan di rancang ... antaranya...

Bubur Lambuk..

Panjut Buluh di sekeliling padang...

Memasak moreh utk terawih...

Moga Ramadan pertama dan Syawal pertama kita di TPI penuh meriah dan mendamaikan...

Keselamatan rumah ketika balik kampung juga perlu di utamakan...

Moga dibulan penuh barakah ini ibadah kita di terima Allah...

InshaAllah...

"SEPAKAT MEMBAWA BERKAT"


Monday, June 15, 2015

TERIMA KASIH daun keladi...

Assalamaulaikum warga TPI,

     Keceriaan jelas terpancar , walaupun penat memasak, menguruskan hal semua tapi hilang penat dengan hilai ketawa kawan² dan sahabat² yang sudi hadir ke majlis Kenduri Rakyat yang julung² kali kita adakan ini.

    TERIMA KASIH Ahli Perlimen Kepala Batas Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican sbb sudi hadir dan membaca tahlil bersama , tak lupa juga ADUN Pinang Tunggal, Dato' Roslan Saidin kerana bersama-sama memeriahkan majlis ini. Juga tidak ketinggalan Tn Hj Saringat ( Pengurus Besar PERDA) kerana turut hadir.

    TERIMA KASIH juga kepada Syarikat Kopi Hang Tuah yang memberi sumbangan kopi dan tunai dan tak lupa kepada sahabat yang menyumbang tunai, sarapan pagi, beras dan kelengkapan memasak. Walaupun demikian, Sumbangan yang paling bermakna adalah sumbangan tenaga dan senyuman utk menjayakan majlis ini dan dapat meramah mesra dengan semua jiran tetangga.


    Persatuan dengan objektif kedamaian, perpaduan dan kesederhanaan akan terus berusaha menganjurkan program² yang boleh memberi manfaat dan memberi impak positif keatas perpaduan taman kesayangan kita ini.



    Maka pihak kami menggalakkan rakan² terus menyokong apa jua aktiviti yang bakal di anjurkan agar kita terus dapat menyemai bibit² kemesraan di antara kita.

Salam perpaduan

Terima Kasih TPI

"Sepakat Membawa Berkat"



P/S:
Video boleh klik link ini https://www.youtube.com/watch?v=ReuzfcBa-CU
Banyak lagi gambar boleh di akses didalam Galeri blog